ALOR GAJAH: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N02 Tanjong Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Datuk Kapt (B) Hj. Ab. Karim di Japerun Tanjung Bidara untuk proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kira-kira pukul 8.54 pagi ini.
Beliau yang mengenakan pakaian baju Melayu berwarna biru tiba dengan diiringi Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama lebih 1,000 penyokong. -UTUSAN
Memuatkan artikel berkaitan…











