Adly Zahari tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Katil

Adly Zahari tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Katil

ADLY Zahari bersama Mohamad Sabu di perkarangan Dewan Tun Ali, Bukit Katil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Calon Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari tiba di pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil di Dewan Tun Ali, 8.50 pagi ini.

Ketibaan Adly yang juga penyandang kerusi berkenaan diiringi Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu serta penyokong parti itu.

Beliau bakal berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Ridzuan Mohd. Shariff daripada Pas yang turut tiba di pusat penamaan calon sama dengan diiringi puluhan penyokong.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertembungan kedua-dua calon itu dijangka menyaksikan persaingan sengit susulan perkembangan politik semasa, terutama kerjasama antara PN dan Barisan Nasional (BN) pada  PRN Melaka kali ini.

Kerusi Bukit Katil antara yang menjadi tumpuan apabila Adly perlu mempertahankan kedudukannya, manakala PN dilihat berpeluang mencabar penguasaan PH menerusi calon yang diketengahkan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini