PRN Melaka: PKR umum calon dua, tiga minggu lagi

PRN Melaka: PKR umum calon dua, tiga minggu lagi

MENTERI Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrisnan semasa sidang media selepas merasmikan Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp di Pusat Persidangan & Acara Connexion (NEXUS), Bangsar South, Kuala Lumpur. - UTUSAN/ M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PKR sedang memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum mengumumkan senarai berkenaan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib Presidennya, Datuk Seri R. Ramanan berkata, parti itu juga akan melancarkan bilik gerakan bagi menghadapi PRN berkenaan pada hujung minggu ini.

“Dari segi persiapan, kita memang sudah bersedia. Kita sentiasa bersedia. Sama ada kita cukup bersedia atau tidak, kita belum tahu sehingga keputusan pilihan raya diumumkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Minggu MyBakat oleh TalentCorp di Connexion Conference & Event Centre (NEXUS), Bangsar di sini, hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-16, manakala penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun dilaporkan berkata, writ pilihan raya dikeluarkan semalam selepas pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka berhubung pengisytiharan pembubaran DUN Melaka pada 23 September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini