Pencen terendah 59,000 pesara, veteran ATM naik kepada RM1,350 sebulan

Pencen terendah 59,000 pesara, veteran ATM naik kepada RM1,350 sebulan

ATM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 59,000 pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal nikmati kadar pencen RM1,350 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju menaikkan kadar pencen terendah golongan itu daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan.

“Ini memanfaat hampir 59,000 pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan kenaikan pangkat one-off secara Khas Untuk Penyandang kepada 12,000 Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P).

“Ia bagi mengiktiraf pegawai cemerlang yang menunggu untuk dinaikkan pangkat susulan perjawatan yang terhad,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini