Pemandu mabuk wajib bayar pampasan pada mangsa

Pemandu mabuk wajib bayar pampasan pada mangsa

BELANJAWAN 2027
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewajibkan pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang terlibat dalam kemalangan, untuk membayar pampasan kepada mangsa terlibat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 28 kes maut akibat pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah setakat Ogos ini.

Beliau berkata, tragedi seumpama ini menyentak sanubari walaupun penguatkuasaan telah diperketat, namun pelanggaran peraturan masih lagi membimbangkan dan ia menuntut langkah lebih tegas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah untuk membayar pampasan kepada mangsa,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, sistem telamatik turut akan diwajibkan untuk dipasang di kenderaan perdagangan bagi memantau kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko termasuk menghubungkan dengan alat pengesan alkohol sebelum pemandu memulakan perjalanan.

“Pelaksanaan sukarela dibuat hingga 2027, sementara kerajaan sedang membangunkan pangkalan data pemandu untuk penguatkuasaan,” katanya.

Anwar berkatam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menyediakan baucar pemeriksaan kesihatan kepada pemandu kenderaan perdagangan bagi mengesan risiko kesihatan yang boleh menjejaskan keupayaan memandu.

“Kerajaan juga terus memperkasa peranan Jurutera Daerah bagi mempercepat pelaksanaan projek kecil seperti jalan berlubang.

“Peruntukan untuk tujuan ini ditingkatkan kepada RM40 juta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini