Pelajar tingkatan dua cedera dipukul senior di asrama

Pelajar tingkatan dua cedera dipukul senior di asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun cedera selepas dipercayai dipukul pelajar senior di asrama Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, pada 27 September lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.40 malam selepas mangsa dipanggil ke bilik asrama oleh pelajar senior yang berusia 16 tahun.

Menurutnya, tindakan itu dipercayai susulan perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

“Semasa berada di dalam dorm tersebut, mangsa dipercayai telah dipukul oleh suspek. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Mustafah berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut.

Katanya, polis sudah mengenal pasti suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini