Pasangan Malaysia cetus panik di Bangkok, didenda RM243.90

Pasangan Malaysia cetus panik di Bangkok, bawa 40 liter petrol didenda RM243.90

PIHAK berkuasa Thailand memeriksa sebuah kereta Malaysia yang diletakkan di kawasan kawalan dipertingkat sempena Mesyuarat Tahunan IMF-Bank Dunia di Sukhumvit Soi 17, Daerah Lumpini, Bangkok, Thailand, Selasa lalu. – IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK (THAILAND): Sepasang suami isteri warga Malaysia yang mencetuskan kebimbangan keselamatan di sini, selepas kereta mereka ditemukan membawa 40 liter petrol di kawasan kawalan keselamatan dipertingkat, didenda 2,000 baht (RM243.90) kerana meletak kenderaan di kawasan la­rangan.

Kereta bernombor pendaftaran Malaysia itu ditemukan di laluan pejalan kaki di Sukhumvit Soi 17, Daerah Lumpini, Selasa lalu ketika Bangkok memperketat kawalan keselamatan sempena Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)-Bank Dunia.

Jurucakap Biro Polis Metropolitan bagaimanapun mengesahkan insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan sebarang kegiatan keganasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pemeriksaan menyeluruh oleh Pasukan Pemusnah Bom menemukan tujuh bekas yang mengandungi keseluruhan 40 liter petrol, namun tiada komponen yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan letupan ditemukan.

“Semakan risikan mendapati pasangan itu tidak mempu­nyai kaitan dengan mana-mana kumpulan ganas,” katanya keti­ka dihubungi semalam.

Jurucakap itu berkata, pasa­ngan itu yang memasuki Thailand pada 11 Oktober lalu untuk berbulan madu meletakkan kenderaan di lokasi berkenaan selepas diberitahu seorang pemandu teksi tempatan bahawa tindakan itu dibenarkan.

Katanya, pasangan terbabit tidak mengetahui lokasi itu berada dalam kawasan kawalan keselamatan dipertingkat.

“Pasangan itu menjelaskan bahawa mereka membeli petrol tambahan untuk kegunaan sepanjang perjalanan kerana tidak biasa dengan laluan di Thailand dan merancang me­nempuh perjalanan jarak jauh.

“Polis kemudian menge­na­kan denda 2,000 baht (RM243.90) terhadap pasangan berkenaan kerana meletak kenderaan di kawasan larangan sebelum memulangkan petrol itu selepas mendapati jumlahnya masih dalam had yang dibenarkan undang-undang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini