Bekas pramugari dalang bawa masuk warga China ke Malaysia

Bekas pramugari dalang bawa masuk warga China ke Malaysia

BEKAS pramugari sebuah syarikat penerbangan China (kiri) ditahan di Hat Yai, Thailand selepas disyaki mendalangi sindiket pemerdagangan manusia merentasi sempadan Thailand-Malaysia. – IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAT YAI (THAILAND): Seorang bekas pramugari warga China yang disyaki menjadi dalang sindiket membawa masuk warga negara itu merentasi sempadan Thailand-Malaysia dicekup pihak berkuasa Thailand, kelmarin.

Suspek berusia 34 tahun ditahan pukul 10 pagi bersama tiga warga China dan seorang rak­yat tempatan yang dipercayai bertindak sebagai pemandu, berhampiran sebuah hotel di pusat bandar ini.

Jurucakap Polis Daerah Hat Yai berkata, serbuan itu hasil maklumat risikan dan pemantauan terhadap kegiatan sindiket pemerdagangan manusia melintasi sempadan Thailand-Malaysia sejak lebih sebulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan operasi kemudian menahan semua suspek ketika berada di dalam sebuah ken­deraan. Siasatan awal mendapati dua lelaki warga China mema­suki Thailand dari Malaysia di sempadan Wilayah Narathiwat-Kelantan tanpa dokumen sah dan dalam perjalanan ke Bangkok.

“Seorang lagi suspek memiliki pasport Republik Vanuatu, negara di Lautan Pasifik Selatan. Namun, siasatan lanjut mendapati dia merupakan warga China,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jurucakap itu berkata, bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan China itu didapati melanjutkan pelajaran di Thailand namun pada masa sama bertindak sebagai orang tengah bagi rakyat negaranya yang ingin masuk atau keluar dari Thailand serta Malaysia sama ada secara sah atau haram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini