Kerajaan tanggung caruman Perkeso 40,000 imam, bilal

Kerajaan tanggung caruman Perkeso 40,000 imam, bilal

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan melalui Tabung Haji akan menanggung sepenuhnya caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi golongan agamawan termasuk imam dan bilal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan 40,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir.

“Bagi memelihara keilmuan turath, kerajaan Madani turut menubuhkan Majlis Penasihat Pondok dan Turath Malaysia dengan penglibatan tokoh ulama antarabangsa seperti Syeikh Ali Gomaa dan Syeikh Idris al-Fasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan turut memperkenalkan Sijil Turath Malaysia bagi menjamin kemampanan institusi pondok,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurutnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan MDEC bekerjasama menyediakan peranti serta latihan kemahiran digital kepada guru dan pelajar di lebih 300 sekolah pondok di seluruh negara.

“Program Dakwah Kreatif turut diperkenalkan bagi menghasilkan kandungan dakwah yang segar, sahih dan dekat dengan generasi muda melalui media digital, pempengaruh dan kecerdasan buatan (AI),” katanya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini