Kerajaan akan bentang RUU E-Dagang, lindungi pengusaha tempatan

Kerajaan akan bentang RUU E-Dagang, lindungi pengusaha tempatan

PENIAGA kecil perlu menimba ilmu dalam memajukan perniagaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) E-Dagang pada Sidang Dewan Rakyat akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memandang serius keresahan peniaga kecil dengan kewujudan syarikat e-dagang asing yang menyusup ke pasaran negara tanpa pengawasan dan penguatkuasaan.

Katanya, oleh itu kerajaan akan segera meneliti langkah perundangan dan penguatkuasaan bagi melindungi kepentingan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya ia bertujuan untuk melindungi mereka daripada persaingan tidak adil selain turut memastikan barangan dibeli oleh rakyat adalah selamat.

“RUU E-Dagang akan dibentangkan pada mesyuarat akan datang sebagai usaha memperkukuh akauntabiliti platform dan penjual dalam talian,” katanya dalam membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini