Chean Chung sudah lama tidak campur urusan PKR

Chean Chung sudah lama tidak campur urusan PKR – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meletakkan jawatannya dianggap sesuai kerana sudah lama tidak mengikuti program parti termasuklah Kongres Nasional PKR, baru-baru ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sendiri tiada masalah dengan keputusan Chean Chung itu jika bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya berkenaan sudah tidak lagi berminat dengan parti.

“Dia sudah berhenti lama, baru tahu? Dia lama tak hadir mensyuarat parti, kongres pun tak hadir, jadi sesuailah kalau dia tak minat (dengan PKR) tiada masalah. Dia pergi dengan baik, terima kasih atas sumbangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi sudah lebih setahun dia tak pernah campur soal urusan parti, mesyuarat-mesyuarat parti pun tak hadir, jadi tak apalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi, di sini, hari ini.

Anwar berkata, jika peletakan jawatannya itu adalah disebabkan pertikaian peruntukan kawasan, beliau menegaskan soal pembangunan di parlimen terbabit tidak terjejas dan berjalan seperti biasa.

Katanya, sekiranya Chen Chung mahu memberikan pandangan berkaitan pembangunan, beliau boleh menerimanya namun segala projek dirancang tidak terhenti.

“Tapi kalau hendak pertikai soal projek, peruntukan kawasan tak terjejas. Sekolah, surau, masjid, kuil, jalan, apa-apa itu, kita telah pastikan projek berjalan. Sebagai Ahli Parlimen, dia hendak bagi pandangan, kita boleh terima. 

“Tapi tidak semestinya Ahli Parlimen itu berhenti, projek berhenti. Tak betul. Sebelum ini pun 10 tahun dulu, projek jalan (seperti biasa),” katanya.

Ketika ditanya sama ada PKR akan mengambil tindakan menyaman Chean Chung, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyerahkannya kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh.

“Itu (tindakan saman) saya serah pada Setiausaha Agung dan dia pun ada jawatankuasa perundangan. Terpulang pada Setiausaha Agung,” katanya.

Terdahulu, Chean Chung mengumumkan peletakan jawatan tanpa syarat sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), berkuatkuasa serta merta.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas menerima keputusan penggantungan pada 30 September lalu, selain mendakwa akses terhadap peruntukan RM3 juta bagi kawasan Petaling Jaya sebelum ini telah disekat dan digunakan wakil parti.

“Selama ini saya bersuara mengenai pelbagai isu rakyat (dan) jangkaannya, ini antara sebab-sebab yang mengakibatkan saya digantung. Namun, masalah rakyat tidak akan berhenti hanya kerana saya diarahkan untuk diam,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN