PETALING JAYA: Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 2 petang ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johor mencatat bacaan tertinggi menerusi Segamat iaitu 189 diikuti Kluang (181), Pasir Gudang (174), Larkin (173), Tangkak (172), Batu Pahat (163), Pengerang (161) dan Kota Tinggi (160).
Di Kedah, Sungai Petani merekodkan bacaan IPU 152.
Sementara itu, Melaka merekodkan bacaan 173 di Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai diikuti Alor Gajah (169).
Bagi Negeri Sembilan, Seremban mencatat bacaan 186 diikuti Nilai (184) dan Port Dickson (170).
Di Pahang, Rompin merekodkan bacaan 177 diikuti Indera Mahkota, Kuantan dan Balok Baru masing-masing 166 serta Temerloh (152).
Perak pula merekodkan bacaan tertinggi di Seri Manjung iaitu 158 diikuti Tasek Ipoh (157) manakala Taiping, Pegoh Ipoh dan Tanjung Malim masing-masing 153.
Di Pulau Pinang, Minden mencatat bacaan 156 diikuti Seberang Perai (155) dan Seberang Jaya (153).
Bagi Selangor, Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi iaitu 179 diikuti Shah Alam (171), Banting (169), Klang (166), Petaling Jaya (165) dan Kuala Selangor (141).
Di Terengganu, Kemaman mencatat bacaan 157 manakala Paka merekodkan 129.
Sementara itu, Kuala Lumpur merekodkan bacaan 175 di Cheras diikuti Batu Muda (167).
Putrajaya pula merekodkan bacaan 174.
Kesemua kawasan berkenaan merekodkan bacaan IPU antara 101 hingga 200 yang dikategorikan sebagai tidak sihat.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 301 ke atas dikategorikan sebagai berbahaya. – UTUSAN











