PETALING JAYA: Kerajaan meningkatkan jumlah pemegang lesen sampan khas daripada 17,000 kepada 20,000 nelayan dengan peruntukan RM30 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam usaha meningkatkan pendapatan nelayan, geran turut disediakan bagi pelaksanaan projek akuakultur termasuk membekalkan sistem bioflok untuk ternakan tilapia.
“Agrobank turut menyediakan RM40 juta bagi pembiayaan projek akuakultur.Pada masa sama, nelayan yang layak terus menikmati harga diesel bersubsidi pada RM1.65 seliter.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Sebanyak RM178 juta turut disediakan antaranya untuk penyaluran insentif hasil tangkapan dan elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini hari ini.- UTUSAN











