Tabung Solidariti Najib cecah RM2 juta 

Tabung Solidariti Najib cecah RM2 juta 

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tabung Solidariti Najib cecah RM2 juta 

PARIT: Mahkamah diharap mengambil kira kesukaran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membayar denda RM50 juta untuk membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di rumah kerana sebahagian aset beliau masih dibekukan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu antara yang perlu diberikan perhatian untuk diselesaikan.

“Kita juga mengharapkan pihak mahkamah akan mengambil kira perkara ini (pembekuan aset Najib),” katanya ditemui pada Majlis Penutupan Debat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Piala Timbalan Perdana Menteri 2026 di MRSM Parit di sini hari ini.

Semalam, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Najib sukar memenuhi syarat bayaran denda RM50 juta untuk membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di rumah kerana sebahagian asetnya dibekukan.

Sebahagian besar aset, akaun bank dan hartanah Najib masih tertakluk kepada perintah pembekuan dan tindakan penguatkuasaan oleh pihak kerajaan dan pelupusannya tidak berada sepenuhnya dalam kawalan Najib pada masa ini.

Sementara itu, mengenai kutipan Tabung Solidariti Najib, Asyraf berkata, jumlah kutipan dijangka mencecah RM2 juta hari ini.

“Saya belum dapat jumlah yang terkini tapi saya  menjangkakan hari ini kita akan mencecah RM2 juta. Cepat (jumlah kutipan), setiap jam RM40,000 hingga  RM50,000 penambahan

“Kita tidak mewajibkan kutipan (sumbangan). Sukarela siapa yang nak membantu,” katanya.

Mengenai krisis di Negeri Sembilan, Asyraf berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada pemimpin negeri tersebut untuk diselesaikan.

“Biarlah orang Negeri Sembilan selesaikan isu adat,  tak perlu orang luar campur. Ini institusi raja dan adat, mereka lebih mengetahui.

“Sebagai parti politik, UMNO tidak campur isu yang melibatkan institusi adat dan raja raja,” katanya.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×