KUALA LUMPUR: Kemunculan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor mencuri perhatian ketika keluarga itu masih menantikan perkembangan terbaharu berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas pemimpin berkenaan.
Bagaimanapun, Rosmah yang mengenakan baju berona merah jambu tiba berasingan setengah jam selepas ketibaan Nooryana bersama cucunya.
Selepas Rosmah menaiki lif di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, Noryana pula dilihat muncul keluar dari lif berkenaan tanpa anak lelakinya.
Terdahulu, keluarga Najib dilaporkan belum menerima sebarang makluman rasmi daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Penjara mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan tahanan rumah.
Malah, pihak keluarga dan peguam juga belum menerima maklumat mengenai persiapan kediaman termasuk kerja pengubahsuaian bagi membolehkan pelaksanaan tahanan rumah itu dilakukan.-UTUSAN











