Kenderaan Hannah masuk Istana Negara

Kenderaan Hannah masuk Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Petugas media berhimpun di depan Istana Negara di sini untuk memantau mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan difahamkan berlangsung pada hari ini.

Petugas-petugas media berkumpul sejak 7 pagi tadi dan mendapati Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh tiba sekitar 7.45 pagi diikuti Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar pada 7.52 pagi.

Isu pengampunan Najib kembali menjadi perhatian susulan laporan media bahawa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat semula setelah seminggu selepas perkara berkenaan ditangguhkan pada mesyuarat 11 September lalu.

Laporan itu turut mendakwa mesyuarat berkenaan hanya mempunyai satu perkara dalam agenda, iaitu permohonan pengampunan Najib.

Pada 11 September lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong menangguhkan permohonan pengampunan Najib ke mesyuarat akan datang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×