Hannah Yeoh keluar dari Istana Negara

Hannah Yeoh keluar dari Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilihat keluar dari pekarangan Istana Negara pada pukul 9.42 pagi tadi.

Kenderaan yang membawa Hannah sebelum itu memasuki pekarangan Istana Negara kira-kira pukul 7.48 pagi.

Kehadiran beliau dipercayai bagi menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dijadualkan berlangsung pagi ini.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung mesyuarat berkenaan.

Isu pengampunan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi perhatian susulan laporan media bahawa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat semula setelah seminggu selepas perkara berkenaan ditangguhkan pada mesyuarat 11 September lalu.

Laporan itu turut mendakwa mesyuarat berkenaan hanya mempunyai satu perkara dalam agenda, iaitu permohonan pengampunan Najib.

Pada 11 September lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong menangguhkan permohonan pengampunan Najib ke mesyuarat akan datang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×