Syukur dapat besarkan anak di luar penjara

Syukur dapat besarkan anak di luar penjara

SEORANG wanita bersama anaknya berusia tiga bulan ditemui pemberita pada Majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Madani Yakin sempena sambutan Kemerdekaan Negara Malaysia Ke-69 peringkat Jabatan Penjara 2026 di Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang, Melaka semalam. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang wanita yang pernah melalui pengalaman pahit melahirkan anak ketika menjalani hukuman penjara bertekad tidak mahu kembali ke sebalik tirai besi selepas diberi peluang kedua menerusi program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) semalam.

Wanita berusia 32 tahun itu berkata, insiden tersebut menjadi titik perubahan terbesar dalam hidupnya sekali gus menguatkan tekad meninggalkan kegiatan menjual dadah yang pernah dilakukannya.

Katanya, dia ditahan pada November 2025 ketika kandungannya berusia tiga bulan sebelum dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya bersyukur kerana mendapat kelepasan PBSL ini. Saya dapat membesarkan anak saya di luar, bukan di dalam penjara. Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk mengubah kehidupan dan membesarkan anak saya di luar,” katanya.

Dia ditemui pemberita selepas Majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Madani Yakin, sempena sambutan Kemerdekaan Negara Malaysia Ke-69 Peringkat Jabatan Penjara 2026 di Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang, di sini semalam.

Wanita dari Jempol, Negeri Sembilan itu berkata, anak yang dilahirkan ketika berada di penjara itu kini menjadi pendorong utama untuknya berubah.

“Saya kasihan kepada anak saya. Saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak lain di luar bukan membesar di dalam penjara,” katanya.

Mengimbas penglibatannya dalam menjual dadah, wanita itu mengakui sudah lama ter­babit dalam kegiatan itu namun sebelum ini tidak mempunyai kesungguhan untuk berubah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini