Songkhla, Satun diarah berjaga-jaga tahap tertinggi

Songkhla, Satun diarah berjaga-jaga tahap tertinggi

PIHAK berkuasa Satun mula memperketatkan pemeriksaan dan meningkatkan langkah keselamatan selepas wilayah itu diletakkan dalam langkah keselamatan tahap tertinggi, susulan 77 insiden keganasan yang berlaku di Narathiwat, Pattani dan Yala, dalam tempoh tiga hari lalu. - IHSAN ISOC 4
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Thai­land memperluas kawalan keselamatan ke Songkhla dan Satun susulan 77 insiden keganasan yang menggegarkan Na­rathiwat, Pattani dan Yala dalam tempoh tiga hari sejak malam Sabtu lalu.

Arahan meningkatkan kewaspadaan ke tahap ter­ting­gi itu turut membabitkan gabenor lima wilayah berkenaan ketika pihak berkuasa Thailand bimbang keganasan mere­bak ke kawasan lain yang turut bersempadan dengan Malaysia.

Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, gabenor Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun diarahkan memperketatkan kawalan di kawasan berisiko tinggi, melaksanakan pemantauan keselamatan 24 jam serta mempergiatkan risikan secara proaktif.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, langkah itu perlu bagi memastikan pergolakan yang berlaku sejak Sabtu lalu tidak merebak ke Songkhla dan Satun.

“Wilayah Satun dan Songkhla juga bersempadan dengan Kedah dan Perlis di Malaysia dan mungkin menjadi pilihan kumpulan bersenjata untuk mewujudkan keadaan tidak tenteram.

“Oleh itu, pihak berkuasa telah mengarahkan gabenor lima wilayah iaitu Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun untuk meningkatkan kewaspadaan ke tahap tertinggi mulai semalam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau berkata, semua pihak berkuasa di lima wilayah terbabit turut diarah mengintegrasikan operasi secara rapat dan teliti dengan semua sektor berkaitan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

Katanya, beberapa langkah penting sedang dilaksanakan bagi menghalang insiden daripada terus berulang, khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini