Ribut petir, hujan lebat diramal di 5 negeri hingga 1 tengah hari ini

Ribut petir, hujan lebat diramal di 5 negeri hingga 1 tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda lima negeri sehingga 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, dan Sarawak.

Menurutnya, kawasan yang dijangka terjejas di Kedah ialah Kota Setar, Yan, Pendang, dan Kuala Muda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sementara di Pahang melibatkan kawasan Lipis manakala di Selangor, kawasan Kuala Selangor, Klang, dan Kuala Langat.

“Di Sarawak pula melibatkan kawasan Sri Aman (Lubok Antu),” katanya dalam kenyataan hari ini.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×