Polis buru suspek rompak kedai emas di Genting Highlands - Utusan Malaysia

Polis buru suspek rompak kedai emas di Genting Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan berlaku kejadian rompakan di sebuah kedai emas di pusat beli-belah SkyAvenue, Genting Highlands, Pahang hari ini.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 11.40 pagi.

Menurut beliau, polis kini sedang menjalankan usaha mengesan dan memburu suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kes masih dalam siasatan dan polis sedang memburu suspek yang terlibat,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial keadaan di sekitar SkyAvenue dilaporkan dikawal pihak berkuasa.

Rakaman video turut memaparkan laluan turun dari kawasan peranginan berkenaan turut mengalami kesesakan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN