[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Parit Raja

[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Parit Raja

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Calon Barisan Nasional (BN), Nor Rashidah Ramli mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja dengan memperoleh 311 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Shazwan Zdainal Abidin (52 undi) dan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (50 undi) setakat pukul 6.50 petang.

Kedudukan semasa itu menyaksikan BN memperoleh 75.30 peratus undi, diikuti PH dengan 12.59 peratus manakala PN meraih 12.11 peratus daripada keseluruhan 413 undi yang telah dikira.

DUN Parit Raja menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Nor Rashidah Ramli (BN), Shazwan Zdainal Abidin (PH) dan Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (PN).

Seramai 38,159 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN