[TIDAK RASMI] BN dahului di DUN Jementah

[TIDAK RASMI] BN dahului di DUN Jementah

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Calon Barisan Nasional (BN), See Ann Giap mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.02 Jementah dengan memperoleh 917 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Ng Kor Sim (287 undi) dan Perikatan Nasional (PN), Saifullah Wahab (203 undi) setakat pukul 6.53 petang.

Kedudukan semasa itu menyaksikan BN memperoleh 65.17 peratus undi, diikuti PH dengan 20.40 peratus manakala PN meraih 14.43 peratus daripada keseluruhan 1,407 undi yang telah dikira.

DUN Jementah menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara See Ann Giap (BN), Ng Kor Sim (PH) dan Saifullah Wahab (PN).

Seramai 41,137 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN