Vokal Dayang Nurfaizah sudah tidak semantap dulu? - Utusan Malaysia

Vokal Dayang Nurfaizah sudah tidak semantap dulu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kali ini, Cik Bunga bukan hendak sentuh mengenai isu sama ada benar atau tidak Dayang Nurfaizah sudah berkahwin dengan Hael Husaini atau tidak. Rasanya, bab itu, ramai yang sudah mula memperkatakan dan buka-buka cerita. Berbalik kepada pasangan itu saja sama ada mahu mengaku atau tidak. Betul tak?

Perkara yang Cik Bunga mahu sentuh kali ini adalah berkaitan dengan vokal Dayang.

Dengarnya, ada yang berasakan Dayang kini tidak lagi semantap dahulu ketika membawakan lagu-lagunya, khususnya apabila tiba bahagian yang memerlukan lontaran suara tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Eh, jangan salah faham pula! Cik Bunga bukan hendak mengatakan suara Dayang sudah tidak sedap didengar. Pada pendengaran Cik Bunga, masih merdu dan menyenangkan telinga. Cuma, mungkin ada yang merasakan keupayaan vokalnya tidak lagi seperti dahulu, terutama ketika perlu mencapai nota-nota tinggi yang menjadi antara keistimewaan penyanyi itu.

Kalau diperhatikan, bukan sedikit lagu dalam koleksi Dayang yang memerlukan kekuatan vokal dan kawalan pernafasan yang baik. Bukan sekadar perlu menyanyi dengan tepat, malah penyanyi juga perlu bijak mengawal tenaga supaya setiap nota dapat disampaikan dengan kemas, apatah lagi ketika membuat persembahan secara langsung.

Jadi, apabila ada peminat mula menyuarakan pandangan bahawa Dayang seakan-akan sudah kurang mampu menarik suara tinggi seperti dahulu, tidak hairanlah perkara itu menjadi perbualan.

Malah, ada juga yang menyarankan agar Dayang mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar atau profesional kesihatan suara bagi memastikan keadaan vokalnya berada pada tahap yang baik.

Namun, Cik Bunga rasa elok juga kita tidak terlalu cepat membuat kesimpulan. Setakat mana benar dakwaan tersebut, hanya Dayang sendiri dan pihak yang berkaitan dapat memberikan penjelasan sewajarnya. Perubahan ketika menyanyi juga tidak semestinya bermakna seseorang penyanyi mengalami masalah kesihatan vokal.

Mana tahu, faktor keletihan, jadual kerja yang padat atau waktu rehat yang tidak mencukupi mungkin mempengaruhi prestasi ketika membuat persembahan. Bagaimanapun, itu semua sekadar kemungkinan dan bukannya sesuatu yang boleh kita sahkan tanpa maklumat lanjut.

Tetapi, Cik Bunga pun tidak berani hendak bercakap lebih-lebih. Kita ini bukannya penyanyi profesional. Apa-apa pun, Cik Bunga faham bahawa perubahan keupayaan vokal boleh menjadi sebahagian daripada cabaran yang dihadapi penyanyi sepanjang perjalanan seni mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini