Suspek tikam murid sekolah ditahan polis, mangsa dirawat di hospital

Suspek tikam murid sekolah ditahan polis, mangsa dirawat di hospital

Menyamar polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Murid yang tercedera dalam insiden ditikam di sebuah sekolah hari ini sedang mendapatkan rawatan di hospital, manakala suspek kes ini telah ditahan pihak Polis.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memaklumkan, pihaknya memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Tumpuan utama pada ketika ini adalah untuk memastikan murid yang tercedera mendapat rawatan terbaik dan bantuan diberi kepada keluarga.

“Pasukan kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling telah digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang pelajar perempuan cedera selepas dipercayai ditikam oleh seorang wanita di sebuah sekolah di Banting dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa berada dalam keadaan stabil dengan sebarang maklumat lanjut akan dikongsikan segera.

Dalam pada itu, JPN Selangor menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh mengganggu proses siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN