Lima negeri dijangka ribut petir, angin kencang

Lima negeri dijangka ribut petir, angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri hingga pukul 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terjejas ialah Selangor membabitkan Sabak Bernam dan Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak membabitkan kawasan Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit, Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang (Limbang).

Di Sabah, cuaca sama diramal membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kudat). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×