Lapan ahli politik, calon PRN digantung sementara tauliah mengajar

Lapan ahli politik, calon PRN digantung sementara tauliah mengajar

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menggantung sementara tauliah mengajar agama membabitkan ahli politik dan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) sepanjang tempoh kempen PRN Negeri Sembilan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi surat edaran bertarikh 20 Julai yang diedarkan kepada pengerusi jawatankuasa kariah masjid, surau solat Jumaat dan surau di seluruh negeri.

Menerusi surat edaran berkenaan, semua aktiviti pengajaran serta penyampaian ceramah agama oleh pemegang Tauliah Mengajar Agama Negeri Sembilan dalam kalangan ahli politik atau calon PRN Ke-16 digantung sementara sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Sehubungan itu, seramai lapan pemegang tauliah yang turut bertanding pada PRN digantung sementara tauliah mengajar mereka berkuat kuasa mulai 18 Julai lalu sehingga satu notis pemberitahuan baharu dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

“Mereka ialah Datuk Jaafar Muhammad, Nor Azman Mohamad, Mohd. Fairuz Mohd. Isa, Ahmad Shahir Mohd. Shah, Muhammad Aqil Irfan Razali, Abdul Fatah Zakaria, Mohd. Umry Abdul Khois dan Senator Dr. Jufitri Joha,” katanya.

Surat tersebut turut mengarahkan semua pihak pengurusan masjid dan surau agar mengambil maklum serta memastikan arahan penggantungan tersebut dipatuhi sehingga notis baharu dikeluarkan.

“Kegagalan mematuhi arahan berkenaan boleh menyebabkan tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa serta syarat Tauliah Mengajar Agama Negeri Sembilan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN