Jangan panik lihat replika kapal terbang terbakar di RNR Denai Alam

Jangan panik lihat replika kapal terbang terbakar di RNR Denai Alam

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pengguna Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Denai Alam di Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH) dinasihatkan tidak panik selain memberi kerjasama sekiranya melihat kehadiran kenderaan kecemasan, asap, replika pesawat, bunyi siren atau aktiviti simulasi di sekitar kawasan berkenaan pada Khamis ini.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, situasi itu susulan pelaksanaan Latihan Penuh Skala Kemalangan Udara dikenali sebagai Latih Amal Ex Urban Falcon 2026 bermula 8 pagi hingga 2 petang.

“Latih amal ini merupakan sebahagian daripada Program Siaga Bencana Udara Kebangsaan 2026 bersandarkan tema Integrasi Perkasa, Aspirasi Nusa anjuran MAHB dengan kolaborasi bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan PROLINTAS-Dash.

“Pelaksanaan latih amal bencana udara ini mempunyai objektif utama untuk menilai dan menguji tahap kesiapsiagaan, koordinasi, serta tindak balas dalam mendepani sebarang situasi kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MAHB berkata, pelaksanaan program itu juga berfungsi untuk menguji respon daripada pelbagai agensi keselamatan dan kecemasan yang berkaitan.

“Orang ramai juga diminta mematuhi arahan petugas di lokasi bagi memastikan kelancaran pelaksanaan latihan.

“Malaysia Airports, PROLINTAS dan Jabatan Penerangan menghargai kerjasama orang ramai bagi memastikan latihan ini dapat dilaksanakan dengan selamat dan lancar,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN