Insya-Allah kerjasama Pas, UMNO kali ini panjang - Presiden Pas

Insya-Allah kerjasama Pas, UMNO kali ini panjang – Presiden Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: “Kita harap panjang. Kali ini panjang insya-Allah, kita hendak selamatkan negara.”

Demikian reaksi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung ketahanan jalinan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) ditunjangi UMNO dan Perikatan Nasional (PN) diterajui Pas yang kembali dilakukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. 

Beliau berkata, sepanjang tempoh kempen PRN berkenaan, kerjasama antara kedua-dua buah parti sangat baik malah sudah ada melakukan sesi ceramah secara bersama.

Ahli Parlimen Marang itu turut menepis dakwaan bahawa kerjasama antara BN dan PN hanya wayang politik.

“Bukan wayang. Kita habis duit, orang-orang Pas pergi (kempen PRN Negeri Sembilan) belanja sendiri. Sepenuh tenaga termasuk orang UMNO juga habis duit, wayang apa itu?,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN