PETALING JAYA: Perdana Menteri menitipkan ucapan selamat berjuang kepada seluruh kontinjen Malaysia yang bakal menggalas cabaran negara pada temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para atlet untuk mempamerkan mutu juang yang tinggi sepanjang pertandingan, di samping sentiasa memelihara nilai disiplin dan integriti demi membawa nama baik Malaysia.
”Berjuanglah dengan semangat yang tinggi, menjunjung nilai disiplin, integriti dan kesukanan, kerana kemenangan yang paling bermakna ialah apabila kita memberikan yang terbaik dengan penuh kejujuran dan maruah.
“Semoga segala usaha dipermudah, dikurniakan kejayaan yang membanggakan serta mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. – UTUSAN










