Subsidi diesel bersasar: Jimat sehingga RM2 bilion setahun

Subsidi diesel bersasar: Jimat sehingga RM2 bilion setahun

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai ini dijangka mampu menjimatkan perbelanjaan negara sehingga RM2 bilion setahun.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, hasil daripada penjimatan tersebut seterusnya akan dipulangkan semula kepada rakyat menerusi penyasaran subsidi diesel daripada RM2.15 kepada RM2.10 seliter.

“Hanya warganegara Malaysia yang berkelayakan bermakna dia mempunyai lesen memandu yang sah serta memiliki kenderaan diesel akan mendapat kelayakan untuk membeli diesel bersubsidi di stesen minyak berdasarkan kuota yang ditetapkan,” katanya menerusi sidang akhbar Pelaksanaan Pembaharuan Penyasaran Subsidi Diesel di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amir Hamzah turut mendedahkan bahawa komitmen kewangan bagi menampung subsidi bahan api negara kini membengkak sehingga mencecah RM4.9 bilion sebulan ekoran penularan krisis geopolitik di Asia Barat.

Menurutnya, sebelum ketegangan tersebut meletus, tanggungan bulanan pihak kerajaan bagi membiayai subsidi petrol dan diesel rakyat di pam stesen minyak hanyalah sekitar RM800 juta sebulan.

Bagaimanapun, katanya, peperangan tersebut telah mencetuskan lonjakan harga minyak global secara mendadak sekali gus menyaksikan keperluan subsidi melonjak drastik kepada RM4.7 bilion pada Mac sebelum terus meningkat ke paras parah pada April tahun ini.

“Tekanan fiskal ini menjadi semakin parah apabila data penggunaan diesel domestik dikesan melambung dua kali ganda daripada purata 624 juta liter pada Januari lalu kepada hampir 1.2 bilion liter sebulan pada April.

“Kenaikan mendadak ini dikenal pasti berpunca daripada aktiviti ketirisan rentas sempadan yang kronik serta taktik sektor industri melakukan pertukaran saluran (channel switching) dengan membeli diesel bersubsidi secara haram,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN