Dua beranak sesat di Besut ditemukan selamat

Dua beranak sesat di Besut ditemukan selamat

ADNAN Mohamad (tengah) ketika selamatkan selepas tersesat di kawasan hutan berhampiran kawasan rekreasi La Hot Spring, Besut, Terengganu. - UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Dua beranak yang dilaporkan tersesat ketika mencari akar kayu di kawasan hutan berhampiran kawasan rekreasi La Hot Spring di sini, ditemukan selamat kira-kira pukul 12.40 tengah hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih, Mustafa Ismail berkata, Adam Adnan, 25, dan bapanya, Adnan Mohamad, 57, ditemukan pada jarak tiga kilometer daripada pusat operasi mencari dan menyelamat.

“Ketika ditemukan, mangsa berada dalam keadaan lemah. Kedua-dua mangsa dibawa keluar kira-kira pukul 2.40 petang dan mereka kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, dua beranak itu dilaporkan tersesat semasa mencari akar kayu di kawasan hutan berhampiran kawasan rekreasi La Hot Spring sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab Rahim berkata, mereka masuk ke hutan berkenaan pagi semalam namun kira-kira 3.30 petang, seorang daripada mereka menghubungi ahli keluarga dan memaklumkan tersesat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini