Sekatan eksport diesel boleh rugikan AS

Sekatan eksport diesel boleh rugikan AS

BENDERA Amerika Syarikat (AS) digantung di luar Kilang Penapisan Marathon Petroleum Corp. Los Angeles di Carson, California.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk mengehadkan eksport diesel bagi menurunkan harga bahan api dalam negara dikhuatiri memberi kesan sebaliknya dengan mengurangkan bekalan di pasaran dunia dan mendorong peningkatan harga.

Kebimbangan itu timbul ketika harga diesel AS mencecah paras tertinggi dalam rekod, dengan harga purata pada Jumaat mencapai AS AS$6.50 (RM26.48) segelen, meningkat daripada AS$5.61 (RM22.85) sebulan sebelumnya, menurut Persatuan Automobil Amerika (AAA).

Pada masa sama, bekalan diesel global semakin ketat berikutan gangguan operasi kilang penapisan di Russia dan Asia Barat, yang mengurangkan jumlah bahan api tersedia di pasaran dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

AS merupakan pengeksport diesel terbesar dunia, manakala bahan api itu didagangkan di pasaran global, menyebabkan sebarang pengurangan eksportnya berpotensi menjejaskan bekalan di negara lain.

Pentadbiran Presiden Donald Trump dan Republikan kini mempertimbangkan sekatan eksport diesel bagi meningkatkan bekalan domestik dan mengurangkan tekanan harga kepada pengguna AS.

Namun, penganalisis tenaga memberi amaran langkah itu boleh menyebabkan pengilang AS mengurangkan pengeluaran apabila lebih banyak diesel terkumpul dalam tangki simpanan domestik.

“Jika dilaksanakan, ia akan menyebabkan harga produk di Eropah dan Asia meningkat apabila pembeli bahan api AS, kebanyakannya di Amerika Latin, berebut mendapatkan bekalan baharu, sekali gus menaikkan harga,” kata Felo Kanan di Pusat Keselamatan Amerika Baharu, Rachel Ziemba, kepada Al Jazeera.

Sementara itu, Penganalisis Wood Mackenzie berkata, mengekalkan lebih banyak diesel dalam AS akhirnya akan memenuhi kapasiti simpanan, yang  memaksa kilang penapisan mengurangkan pengeluaran.

Keadaan itu boleh menjejaskan negara yang banyak bergantung kepada bahan api AS, termasuk di Amerika Latin dan Eropah, yang mungkin terpaksa bersaing dengan pembeli lain untuk mendapatkan bekalan daripada pengeluar global.

Beliau berkata China merupakan satu-satunya pengeluar utama yang mempunyai kapasiti penapisan lebihan mencukupi untuk berpotensi menampung sebahagian besar kekurangan akibat pengurangan pengeluaran AS, walaupun ia mungkin tidak menganggap campur tangan itu demi kepentingannya.

Wood Mackenzie memberi amaran larangan itu boleh menyebabkan inventori diesel AS cepat penuh, memaksa pengilang mengurangkan pengeluaran minyak mentah dan berpotensi meningkatkan import petrol AS. 

Analisis S&P Global pula mendapati larangan menyeluruh boleh mengurangkan pengeluaran sehingga 750,000 tong sehari apabila kapasiti simpanan dipenuhi diesel yang tidak terjual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×