Rakyat 'ternanti-nanti' formula palsu terbaru Rafizi Ramli versi Bersama - NGO

Rakyat ‘ternanti-nanti’ formula palsu terbaru Rafizi Ramli versi Bersama – NGO

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat sedang ‘ternanti-nanti’ untuk mendengar formula terbaharu daripada Datuk Seri Rafizi Ramli selepas semua formula beliau sebelum PRU15 hanya berakhir dengan pengenalan mesin layan diri dan perbelanjaan sistem PADU sahaja.

Naib Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pekemas, Shah Rizan Shah Ramli berkata, sudah tentu akan keluar bermacam-macam formula baharu nanti daripada bekas Menteri Ekonomi itu apabila Parlimen dibubarkan.

“Untuk pengetahuan semua, formula-formula baharu ini nanti tidak relevan dan ia akan merugikan rakyat dan negara.

“Ini kerana rafizi seorang gagal memikul amanah serta mandat yang diberi apabila menjawat jawatan seorang Menteri Ekonomi,” katanya hari ini.

Shah Rizan berkata, Rafizi hanya sekadar pandai bercakap sehingga rakyat terpengaruh dengan formula-formulanya.

Hakikat sebenar, katanya, formula tersebut semua ‘ke laut’ dan merugikan.

“Yang mendapat keuntungan sebenar adalah Rafizi ramli dan kumpulannya kerana setiap formula yang hendak dilakukan akan memerlukan modal atau dana daripada kerajaan.

“Jadi di sini, rakyat kena peka apabila Rafizi membuat siri jelajah negeri untuk berkempen PRU16 akan datang dalam platform parti Bersama, maka jangan terpengaruh akan janji-janji formula baharu yang diterjemahkan,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin berkata, manifesto Bersama yang dibentangkan Rafizi Ramli disifatkan ibarat ‘angan-angan Mat Jenin’ kerana dilihat terlalu idealistik dan sukar dilaksanakan.

Kata Mashitah, 12 agenda yang diketengahkan Rafizi sememangnya kedengaran menarik, namun kebanyakannya lebih bersifat populis berbanding pelan dasar yang benar-benar praktikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN