Lee Chean Chung ikut jejak Wong Chen sertai Bersama

Lee Chean Chung ikut jejak Wong Chen sertai Bersama

LEE CHEAN CHUNG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lagi bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang dipimpin oleh bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung secara rasmi menyertai Bersama berkuat kuasa hari ini selepas mengambil keputusan meninggalkan PKR.

Penghijrahan berkenaan menyusul selepas tindakan Rafizi; bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Chean Chung menyerahkan borang permohonan keahlian hari ini sebelum diterima secara rasmi bagi memperkukuh barisan kepimpinan parti berkenaan yang sedang berkembang pesat.

“Penyertaan Lee memperkuatkan barisan kepimpinan Bersama tatkala parti giat berkembang. Beliau akan memikul tanggungjawab bersama mengemudi kempen PRN Melaka kali ini, dengan tumpuan membina jentera kempen di kawasan majoriti Cina.

“Lee akan menjadi salah seorang daripada pemimpin Bersama parti ini semasa proses interim sebelum pemilihan kepimpinan baru parti yang dijangka diadakan tahun depan,” kata Rafizi, Nik Nazmi dan Syukri Razab dalam kenyataan.

ADS:D

Tindakan Chean Chung itu dipercayai berkait dengan keputusan PKR menggantung keahlian beliau selama tiga tahun ekoran isu disiplin dan tindakan politiknya sebelum ini.

Untuk rekod, Chean Chung memenangi kerusi Parlimen Petaling Jaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu di Pahang selama dua penggal.

Hubungan beliau dengan kem pimpinan tertinggi PKR dilaporkan retak dan dingin sejak beliau menghadiri majlis pelancaran Bersama pada Mei lalu, walaupun beliau mempertahankan kehadirannya atas alasan program tersebut dianjurkan dalam kawasan pilihan rayanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN