Putra Heights: Penduduk pertikai tempoh keluar laporan terlalu lama

Putra Heights: Penduduk pertikai tempoh keluar laporan terlalu lama

TINJAUAN semula selepas setahun kejadian letupan gas di Putra Height.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru mempersoalkan kelewatan pendedahan laporan penuh Jawatankuasa Bebas berhubung insiden letupan paip gas Putra Heights.

Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Penduduk KKSB, Badly Nordin berkata, tempoh untuk mengeluarkan laporan penuh letupan paip gas di Putra Height sudah terlalu lama, dan sehingga kini belum dikeluarkan.

“Jika benar laporan tersebut telah siap, mengapa masih tiada garis masa yang jelas bila ia akan didedahkan kepada umum?

“Kami turut mempersoalkan, jika laporan siasatan bebas masih perlu disemak atau menunggu maklum balas agensi kerajaan sebelum didedahkan. Di mana sebenarnya letaknya kebebasan Jawatankuasa Bebas itu?

“Jawatankuasa Bebas diwujudkan bagi memberi keyakinan kepada rakyat dan mangsa bahawa siasatan dibuat secara telus, adil dan bebas. Namun, kelewatan tanpa penjelasan yang jelas hanya menimbulkan lebih banyak persoalan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa berhak tahu kebenaran.

“Sekiranya ada maklumat sensitif, keluarkan versi awam yang disunting, namun dapatan utama harus didedahkan segera,” katanya.

Dalam pada itu katanya, tuntutan mahkamah yang difailkan penduduk masih dalam proses dokumentasi untuk tindakan lanjut diambil.

Sebelumnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, laporan penuh tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada tahun lalu belum dapat didedahkan susulan terdapat maklumat daripada agensi Persekutuan seperti Petronas dan sebagainya belum diperolehi.

Selain itu katanya, terdapat beberapa tuntutan dikemukakan oleh penduduk terlibat kepada mahkamah menyebabkan beberapa perkara belum dapat dimuktamadkan dalam laporan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN