Penduduk Kampung Melayu Majidee boleh mohon pembaharuan tempoh pajakan

Penduduk Kampung Melayu Majidee boleh mohon pembaharuan tempoh pajakan

MOHD. Hairi Mad Shah (tengah) menyaksikan Pentadbir Tanah Johor Bahru Syed Norul Shahril Syed Nasir (dua dari kiri) menyerahkan Notis 5A kepada salah seorang penduduk pada Majlis Penyerahan Notis 5A Permohonan Perbaharui Tempoh Pajakan kepada penduduk Kampung Melayu Majidi di Medan Niaga Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penduduk Kampung Melayu Majidee yang terkait isu Tanah Rizab Melayu (TRM) boleh menarik nafas lega setelah kerajaan negeri membenarkan urusan pembaharuan tempoh pajakan tanah masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, inisiatif itu selepas kerajaan negeri mengambil maklum keperluan penduduk yang berhasrat menyambung semula tempoh pajakan.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin itu berkata, kerajaan negeri akan membuka kaunter khas di Medan Niaga Kampung Melayu Majidee, di sini selama lima hari bermula Isnin untuk memudahkan penduduk membuat urusan masing-masing.

“Kerajaan Johor bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dan tidak pernah mengabaikan proses pembaharuan pajakan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Hari ini menjadi bukti apabila notis 5A bagi pembaharuan tempoh pajakan diserahkan kepada penduduk. Permohonan dibuka sejak lebih setahun lalu dan kini sedang diproses secara berperingkat sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Notis 5A Permohonan Pembaharuan Tempoh Pajakan kepada penduduk di Medan Niaga Kampung Melayu Majidee, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hairi, sebanyak 20 notis 5A diserahkan pada majlis tersebut bagi fasa kedua selepas 15 notis disampaikan sendiri oleh Onn Hafiz, sebelum ini.

“Kerajaan negeri akan meneruskan penyerahan notis itu secara berperingkat kepada semua pemohon yang layak. Selain itu, kerajaan negeri juga bersetuju memberi diskaun 50 peratus bagi bayaran premium pembaharuan pajakan sama ada untuk tempoh 60 atau 90 tahun.

“Langkah ini bertujuan mengurangkan beban kewangan penduduk. Mereka yang memerlukan penjelasan mengenai kaedah pembayaran atau proses permohonan boleh mendapatkan khidmat nasihat di Pejabat Tanah, pejabat saya atau wakil penduduk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN