KUALA LUMPUR: Pemimpin Pas hadir ke mesyuarat di pejabat agungnya di Jalan Raja Laut, di sini dan dijangka membincangkan mengenai hubungan kerjasama parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pemimpin-pemimpin Pas mula hadir sekitar pukul 8 malam antaranya Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Fadzli Hassan dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberitahu status kerjasama di antara parti itu dengan Bersatu akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini – UTUSAN










