Abdul Hadi tak sihat, punca tak datang Parlimen

Abdul Hadi tak sihat, punca tak datang Parlimen

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas disahkan tidak berapa sihat sehingga menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri sesi pembentangan Belanjawan 2027, hari ini.

Isu ketidakhadiran itu disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pihak media.

“Beliau tidak berapa sihat,” jawabnya ringkas ketika ditemui di pekarangan lobi Parlimen, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan tinjauan semasa sesi Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua jam, kerusi beliau yang terletak di barisan hadapan blok pembangkang dilihat kosong sepanjang sesi pembentangan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini