PETALING JAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat akan membincangkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Isnin depan
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, mesyuarat berkenaan bakal memperincikan tindakan lanjut berhubung hasil perbincangan Majlis Syura Ulama parti itu, hari ini.
“Mesyuarat (Majlis Syura Ulama Pas) setakat ini masih berjalan dan fokus perbincangan terarah kepada penyatuan ummah dan kepentingan perpaduan.
“Perbincangan turut memberi perhatian mendalam dan keprihatinan tinggi mengenai perpecahan yang berlaku yang merugikan politik nasional.
“Keputusan dan sebarang perincian dicapai mesyuarat Syura Ulama PAS akan dibawa ke Jawatankuasa PAS Pusat,” katanya.
Dalam pada itu, Annuar berkata, tiada perbincangan mengenai agenda Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang diadakan hari ini. – UTUSAN










