Lebih 1,000 pelawat tempatan, Mat Saleh sehari di Taman Negara

Lebih 1,000 pelawat tempatan, Mat Saleh sehari di Taman Negara

PELANCONG tempatan bersama keluarga berkelah di tepi anak Sungai Sat di Kampung Kuala Sat, Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Lebih 1,000 pelawat domestik dan pelancong luar mengunjungi Taman Negara Kuala Tahan dan perkampungan pesisir Sungai Tembe­ling, di sini setiap hari selepas Hari Raya Aidiladha lalu serta cuti persekolahan bulan ini.

Lokasi di Taman Negara Kuala Tahan yang menjadi tumpuan ialah Lata Berkoh, Lembah Enggang, hutan tropika, jambatan gantung selain Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai, Kampung Kuala Tahan, Kampung Pagi dan penempatan Orang Asli etnik Bateq di pesisir Su­ngai Tembeling.

Difahamkan, semua inap desa milik penduduk Kuala Tahan dan swasta penuh sejak sebelum Aidiladha sehingga berakhir cuti semester persekolahan akhir minggu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penolong Pengurus Tekoma Resort, Sabri Abdullah berkata, tekanan kenaikan harga diesel dan konflik Timur Tengah tidak menjejaskan kehadiran pelawat domestik dan pelancong ‘Mat Saleh’ ke situ.

Katanya, ini kerana Taman Negara dan petempatan Melayu serta Orang Asli di pesisir Sungai Tembeling lengkap dengan kemudahan serta pakej lawatan menarik.

“Kehijauan hutan malar hijau tropika berusia lebih 130 tahun antara tumpuan pe­ngunjung untuk bereksplorasi melihat pelbagai unggas dan serangga serta kemudahan riadah seperti berkelah di Lata Berkoh, meniti jambatan gantung dan mendaki Bukit Te­resek.

“Keunikan budaya orang Melayu di petempatan pesisir Sungai Tembeling termasuk kaya dengan warisan makanan tempatan berasaskan ikan sungai dan tumbuhan terma­suk herba antara juadah yang cukup laris dalam kalangan pengunjung,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sabri yang juga pemandu pelancong berkata, cara survival Orang Asli etnik Bateq di lima penempatan kaum minoriti itu turut menambat hati pengunjung dari Belanda, Pe­rancis, Jerman, Romania dan negara Scandinavian terutama ketika musim panas.

Sementara itu, seorang pe­ngusaha pelancong Kampung Kuala Sat, Alias Hashim berkata, pelawat domestik tertumpu di situ sejak selepas Aidiladha kerana cuaca yang nyaman memudahkan mereka berkelah di tepi anak Sungai Kuala Sat, melihat pelbagai jenis ikan di santuari dan menikmati makanan tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini