Kes denggi seluruh negara meningkat 27 peratus, Sabah paling tinggi

Kes denggi seluruh negara meningkat 27 peratus, Sabah paling tinggi

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kes denggi di seluruh negara meningkat 27 peratus kepada 33,367 kes setakat semalam atau Minggu Epidemiologi 23 berbanding 27,640 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, di Sabah lebih membimbangkan apabila mencatatkan lonjakan drastik sebanyak 50.4 peratus dengan 2,866 kes dilaporkan berbanding hanya 1,905 kes.

Beliau berkata, lima daerah dikenal pasti sebagai penyumbang kes tertinggi iaitu Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tawau, Sandakan, Penampang, dan Putatan.

“Kita tahu lonjakan ini berada dalam ramalan kitaran pusingan jangkitan yang berlaku setiap empat hingga lima tahun, tetapi kita perlu kekal waspada dalam berdepan situasi ini,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Denggi ASEAN, Hari Malaria Sedunia dan Gotong-Royong Mega Kebangsaan di Dewan Masyarakat Manggatal di sini hari ini.

Dr. Dzulkefly berkata, selain faktor kitaran pusingan, Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan peningkatan kes dipengaruhi perubahan subvarian virus denggi yang kini didominasi subvarian DEN-3.

“Dalam mendepani cabaran itu, KKM memperkenalkan pendekatan strategik baru berasaskan pendekatan wawasan tingkah laku (BI) menerusi program Komuniti Bebas Denggi (Kombat),” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN