Kadar tambang ECRL sedang diperhalusi

Kadar tambang ECRL sedang diperhalusi

PENGOPERASIAN perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka menghubungkan Kota Bharu dengan Gombak dalam tempoh empat jam berbanding sekitar tujuh jam jika menggunakan jalan raya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kadar tambang bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sedang diperhalusi bersama pihak berkepentingan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memastikan ia kekal berpatutan, kompetitif dan mesra pengguna.

Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) berkata, kadar tambang ECRL masih belum diumumkan secara rasmi dan sebarang kadar yang sedang tular di media sosial ketika ini hanyalah spekulasi semata-mata. 

Katanya, ia tidak mewakili kadar sebenar yang akan dikenakan apabila perkhidmatan itu mula beroperasi pada Januari 2027.

“Penetapan kadar tambang itu selaras dengan matlamat menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti kepada rakyat.

“Kadar tambang rasmi akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia setelah proses penilaian dan kelulusan dimuktamadkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang andaian atau kesimpulan berdasarkan maklumat yang tidak disahkan.

“MRL memohon orang ramai menunggu pengumuman rasmi melalui saluran komunikasi ECRL, MRL dan Kementerian Pengangkutan Malaysia,” katanya.

Jajaran ECRL sepanjang 665 kilometer akan merentasi Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Selangor di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Pengoperasian ECRL dijangka menghubungkan Kota Bharu dengan Gombak dalam tempoh empat jam berbanding sekitar tujuh jam jika menggunakan jalan raya.– UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN