KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hael Husaini, 38, memaklumkan penangguhan pelancaran album terbaharunya adalah atas keputusan sendiri.
Menurut pemilik nama sebenar Hal Husaini Razmi itu, keputusan tersebut tidak dibuat label rakaman, Rocketfuel Entertainment seperti yang digembar-gemburkan.
“Penangguhan album saya adalah atas keputusan sendiri. Ia akan diterbitkan pada masa yang tepat,” katanya.
Sementara itu Hael memaklumkan label rakaman yang menaunginya menjadi tulang belakang dan banyak memberikan sokongan kepada karier seninya.
“Sementara itu, label rakaman saya telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap karier saya sejak 2013.
“Mereka memberikan kebebasan penuh kepada saya untuk merancang, termasuk memilih tarikh sesuai untuk menerbitkan naskhah.
“Jadi, jangan letakkan sepenuhnya kepada mereka. Kadang kala artis itu sendiri yang membuat keputusan untuk kebaikan mereka,” katanya lagi. – UTUSAN










