Empat penghuni rumah terselamat dalam kebakaran

Empat penghuni rumah terselamat dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat penghuni sebuah rumah pangsapuri empat tingkat di Subang Perdana Goodyear Court 7, Jalan Usj 14/1, Subang Jaya terselamat selepat kediaman itu terbakar di sini hari ini.

Laporan berhubung kejadian itu diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor pada pukul 10.02 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan Puchong terbabit dalam operasi pemadaman.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah pangsapuri empat tingkat terbakar di tingkat satu dengan anggaran kerosakan 80 peratus.

“Rumah yang terbakar disewa seorang lelaki berusia 20-an yang berjaya diselamatkan bersama tiga lagi warga asing terdiri seorang lelaki dan dua wanita berusia yang tinggal di unit atas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka terperangkap kerana asap tebal sebelum diselamatkan. 

“Kebakaran itu kemudian berjaya dipadam oleh anggota terlibat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN