Dulu 8,000 pelarian Rohingya dihantar ke negara ketiga setahun - KPN

Dulu 8,000 pelarian Rohingya dihantar ke negara ketiga setahun – KPN

MOHD. Khalid Ismail semasa sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Perangi Scam: Dua Pasukan, Satu Matlamat di Kuala Lumpur, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah penghantaran pelarian atau individu berstatus perlindungan ke negara ketiga sebelum ini mencecah antara 7,000 hingga 8,000 orang setahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail mengakui pelbagai kekangan yang berlaku sejak kebelakangan ini menyebabkan proses penempatan semula pelarian tersebut semakin terhad sebelum akhirnya terhenti.

Menurut beliau, Malaysia sebelum ini mempunyai beberapa perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) bersama negara-negara tertentu bagi menguruskan penempatan pelarian.

Melalui perjanjian itu, pelarian Rohingya yang tiba di Malaysia ditempatkan sementara sebelum dihantar ke negara ketiga yang memerlukan khidmat mereka, sama ada dalam sektor profesional mahupun sebagai tenaga kerja.

“Bagaimanapun, kebelakangan ini proses penempatan semula ke negara ketiga dilihat semakin perlahan akibat pelbagai cabaran dan kekangan yang timbul.

“Keadaan itu menyebabkan pergerakan pelarian Rohingya ke negara-negara penerima terhenti atau berjalan dengan sangat perlahan,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Perangi Scam: Dua Pasukan, Satu Matlamat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Khalid berkata, isu Rohingya merupakan isu antarabangsa yang berpunca daripada konflik politik dan kemanusiaan di Myanmar.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang bebas dan berkecuali, Malaysia mengambil pendekatan kemanusiaan dengan menerima kehadiran pelarian Rohingya dan memberikan perlindungan sementara kepada mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN