PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-68 kepada seluruh warga serta veteran TUDM.
Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.
“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN










