Mindef perkukuh keupayaan, kesiapsiagaan TUDM pertahan ruang udara

Mindef perkukuh keupayaan, kesiapsiagaan TUDM pertahan ruang udara

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan (Mindef) terus berusaha memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui pembangunan aset, teknologi dan modal insan bagi memastikan angkatan itu terus unggul dalam melaksanakan tanggungjawab mempertahankan ruang udara negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha tersebut penting bagi memastikan TUDM kekal relevan dalam mendepani cabaran semasa serta keperluan pertahanan negara.

Katanya, selama 68 tahun penubuhannya, TUDM telah menggalas amanah mempertahankan kedaulatan ruang udara negara dengan penuh profesionalisme, keberanian dan dedikasi.

“TUDM memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan ruang udara negara serta menyokong pelbagai operasi bagi mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, Mindef akan terus memperkukuh keupayaan TUDM melalui pembangunan aset, teknologi serta modal insan bagi memastikan kesiapsiagaan angkatan itu berada pada tahap terbaik.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga TUDM serta veteran atas jasa, pengorbanan dan khidmat bakti dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Selamat Hari Ulang Tahun TUDM ke-68,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN