Tidak sangka adik meninggal depan mata saya – Abang

Tidak sangka adik meninggal depan mata saya – Abang

KEADAAN kenderaan yang merempuh sebuah lori simen di Kilometer 34 Lebuhraya Karak menghala ke Kampung Sungai Chinchin Gombak. awal pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Abang kepada seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 34 Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur berhampiran Kampung Su­ngai Chinchin tidak menyangka adiknya maut di depan mata­nya.

Abang kepada Allahyarham Adli Hakim Akberdin, 24, iaitu Ardy Suffian berkata, dia terus bergegas dari rumah mereka ke lokasi kejadian selepas me­nerima panggilan daripada rakan arwah yang memaklumkan adik terlibat dalam kemalangan

Menurut Ardy, sebaik me­nerima panggilan tersebut, dia terus bertolak dari rumahnya di Shah Alam menuju ke lokasi kejadian.

“Apabila sampai di tempat kejadian, saya nampak dua penumpang sudah meninggal dunia.

“Tidak lama kemudian, adik saya pula disahkan meninggal dunia di depan mata saya sendiri. Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika itu, memang sedih,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ardy berkata, arwah merupakan antara adik-beradik yang paling manja dan bersikap santai dalam keluarga.

“Arwah anak kelima daripada tujuh beradik. Sebelum ini saya ada berhubung dengannya menerusi WhatsApp, tetapi hanya perbualan biasa, tiada perubahan pelik,” ujarnya.

Menurut Ardy lagi, sebelum kejadian Allahyarham Adli bersama tiga rakannya baru selesai makan di Genting Highlands sebelum dalam perjalanan pulang ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Allahyarham adalah pelajar tahun akhir jurusan Sarjana Muda Undang-undang di universiti berkenaan.

Difahamkan, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam selepas solat Asar semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN