KUALA LUMPUR: Pempengaruh Indonesia, Boy Hamzah dihujani kecaman susulan tampil membela diri berkenaan isu perkelahian dengan netizen Malaysia baru-baru.
Kenyataannya dalam sebuah rancangan televisyen Indonesia memakan diri apabila Boy Hamzah Notonegoro mengeluarkan hujah yang disifatkan tidak menjawab soalan dan lebih kepada memenangkan diri sendiri.
”kamu nak kaitkan isu ini Malaysia biarlah berdasarkan fakta. Ini tidak, bila ditanya, tak jawab soalan,” kata netizen.
“Berbeza level dengan wawancara di Malaysia yang lebih membincangkan hal ekonomi negara dan masalah masyarakat. Patutlah negara tetap tak berkembang, rakyat miskin, rupiah menjunam,” katanya seorang lagi netizen.
Terdahulu, Boy Hamzah yang diundang dalam rancangan Pagi-Pagi Ambyar, mendakwa beberapa selebriti dan orang kenamaan menjadi sasaran pergaduhan antara segelintir rakyat Malaysia dan Indonesia.
Dakwanya nasionalisme yang terguris apabila muncul seorang guru yang merendah-rendahkan benedera Indonesia.
Bagaimanapun, netizen memuji pengacara, Dewi Persik dan Rian Ibram yang bersikap profesional dan bijak dalam mengendalikan program berkenaan. – UTUSAN











